Tuesday, 22 April 2014

Atasi Jerawat, Jeragat dan Parut Jerawat

Cik Pia datang lagi..hihihi...

Ada orang suka jerawat ke? Rasa2nya takde kan? Kalo jerawat tu mcm tahi lalat takpe la jgk, boleh jadi pemanis dan penyeri wajah. Tapi kalo dh jerawat, tak jadi serinye lg..jadi seram ada la...Pastu jerawat pulak bkn ada kt muka je...OH NOOOOOO!!!! Kat belakang badan pn ada jgk???Lagi la kita feel worst kan.

Ok, meh kita tgk apa punca2 jerawat:

  • Faktor hormon terutama untuk perempuan dalam lingkungan umur subur adalah punca utama masalah jerawat. Majoritinya adalah dalam belasan tahun dan awal 20 ‘an.
  • Faktor seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.
  • Penggunaan pil perancang dan ubat steroid
  • Kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.
  • Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum dikulit yang bertambah.
  • Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas.


Kebanyakannye jerawat ni akan hilang sendiri jika kulit sentiasa bersih dan sihat. Tapi ada sesetengahnya pulak boleh menjadi lebih teruk dan kronik.

So, solutionnya, jom dapatkan VITAMIN SEMULAJADI anda hari ini bagi membantu anda mengatasi masalah jerawat dari dalam!






Senarai dan fungsi tiap2 vitamin ni pulak dalam membantu utk menentang jerawat adalah:

1. Vitamin C
Vitamin C Shaklee yang didatangkan khusus dalam bentuk Sustained Release iaitu kaedah pelepasan dalam badan secara perlahan-lahan untuk membolehkan Vitamin C sentiasa berada dalam badan.
Pengambilan Vitamin C secara konsistent mampu membantu proses pencerahan kulit, melambatkan proses penuaan dan menyekat pembentukan pigmen.


2. Vitamin B Complex
B Complex Shaklee terdiri daripada 8 vitamin B iaitu Thiamin (B-1) Riboflavin (B-2) Pantothenic Asid (B-5) Pyridoxine (B-6) folid Asid (B-9) dan Cobalamin (B12) serta biotin.
B-2 iaitu Riboflavin yang lebih dikenali sebagai Beaty Vitamin. Vitamin b sangat bagus untuk mereka yang mengalami masalah kulit berminyak, whiteheads, blackheads, parut serta kulit kering. Ia juga turut mengatasi masalah kelesuan.


3. Vitamin E Complex
Vitamin E shaklee kini ditambah dengan ekstrak biji anggur yang sangat digalakkan untuk mereka yang pentingkan kecantikan. Ia turut membantu kulit agar kelihatan lebih muda.Ia juga merupakan anti oksida yang penting untuk melawan radikal bebas dari memusnahkan sel. berfungsi merawat dan mencerahkan kesan parut serta membantu dalam penyerapan oksigen.

Anda berminat nk menghapuskan jerawat? Jom chit chat dgn Cik Pia utk tahu cara makan dan harga yg bersesuaian dgn bajet anda.

Ok, Cik Pia nk off dlu ye?Bye2...

Shake n Take

Salam sayang semua...kabare? Cik Pia waras2 je..wes mangan? haaa..jawablah korang, tetibe Cik Pia kena sampuk hantu Jowo pulak. Entri hari nih nk ckp psl bende lain, xde kaitan dgn jowo2 ni ye.

Menatang apa Shake n Take tu? Kpd sape2 yg tak pernah dengar dan tahu, Shake n Take tu mcm mini blender la..tp fungsi dia 2 in 1. Boleh blender dan dlm masa yg sama, balang blender tuh boleh terus guna directly. Contoh, korang nk minum jus buah apple, then korang blend apple..dh siap blend xpyh nk tuang2 yg dh siap blender tu dlm bekas lain, boleh terus minum je. Nak blend dgn ais terus pn boleh.

Hurmm..xnmpk lg cmne la rupanya..boleh tgk gmbr ni terus.


Haa..so skrg dh paham tak cemane Shake n Take ni berfungsi?

Harga mmg sgt2 affordable. Cik Pia jual RM70 termasuk kos pos.

Sape2 yg minat boleh la cuit2 Cik Pia kt wasap ye? Nak mesej pn boleh.

Smp kita ketemu lg di entri lain..

Wassalam...

Wednesday, 16 April 2014

Anemia oh Anemia...

Salam semua pembaca blog Cik Pia yg disayangi...mcm la ada org sgt baca blog Cik Pia nih kan..haha..xpela...yg penting Cik Pia nk meneruskan agenda Cik Pia hari nih. Agenda baiiiikkk punya..nak cerita psl anemia.

Korang tentu penah dgr kn psl anemia. Ermmm..kalo tak penah dgr psl anemia tentu penah dgr bila org sebut kurang dlm merah dlm badan...haaa..anemia la tu...tp bkn kurang drh sbb derma darah ke hape..kurang darah sbb kurang hemoglobin istilah sains nye.

Apa pulak 'menatang' hemoglobin tu? Hemoglobin (protein yang membawa oksigen dan zat makanan di dalam sel darah merah) harus hadir untuk memastikan pengoksidaan yang mencukupi bagi semua tisu dan organ badan.

Biasanya wanita dan remaja perempuan (kaum hawa) lebih berisiko mengalami anemia kerana kekurangan zat besi lebih banyak berbanding lelaki, sedangkan keperluannya dalam sehari adalah tinggi.

Antara simptom Anemia ialah:



  • Perasaan lemah atau keletihan setiap masa
  • Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
  • Kulit dan selaput mukosa pucat
  • Pening
  • Kadar denyutan jantung yang cepat
  • Kurang daya ingatan
  • Kurang berat badan
  • Faktor lain yang menyebabkan wanita biasa mengalami anemia adalah pola makan. Dengan alasan takut gemuk, ada segelintir wanita atau remaja mengamalkan diet secara drastik. Golongan ini cenderung makan dalam jumlah yang kurang dan tidak mahu mengambil daging. Tanpa disedari, diet seumpama itu yang belum tentu membuatkan berat badan turun, boleh menyebabkan kurangnya pengambilan zat besi dari makanan.

Anemia yang teruk boleh menyebabkan :


  • Kegagalan jantung di mana fungsi jantung menjadi lemah dan tidak mencukupi.
  • Mengalami masalah semasa mengandung seperti melahirkan bayi pramatang dan pertumbuhan janin yang terencat semasa di dalam kandungan.
Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin untuk menentukan samada anda menghidapi anaemia atau tidak boleh dilakukan di klinik berhampiran dengan anda. Rawatan bergantung kepada jenis anaemia yang dihadapi :

  1. Jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukaemia, rawatan khusus perlu dilakukan.
  2. Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, maka seseorang itu perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan juga pil suplemen zat besi. 
*Tip lain Untuk merawat kekurangan zat besi :

Adalah disyorkan agar pil suplemen zat besi dimakan bersama dengan Vitamin C untuk meningkatkan penyerapan zat besi.
Penyebab utama seperti infeksi cacing dan keradangan usus perlu dirawat.
Maklumat penyakit anemia

Anemia dikesan melalui ujian darah iaitu apabila paras hemoglobin (Hb) dalam sel darah merah kurang daripada 11g.

Untuk menentukan tahap anemia teruk atau tidak:

Paras Hb (g/dl) - Tahap anemia

< 6.9 - Sangat teruk

6.9 < 8.0 - Teruk

8.0 < 9.5 - Sederhana

9.5 -10.5 - Ringan


Adalah dicadangkan bagi anda yang menghadapi masalah Anemia untuk mengambil vitamin berikut:


Vitalea ~ Mengandungi zat besi yang membantu pembentukan sel darah merah dan menghasilkan sel darah yang sihat. Zat besi menjadi sebahagian daripada struktur hemoglobin yang membawa oksigen ke tisu dan sel.

B-Complex ~ Meningkatkan sel darah merah dan hemoglobin. Shaklee B-complex adalah lengkap dengan 8 kumpulan Vitamin B termasuk B12 dan folat.

Vitamin C ~ Membantu penyerapan vitamin B12 dan zat besi. Vitamin C juga membantu pengeluaran hemoglobin dan meningkatkan pertahanan badan.


Harap2 penerangan Cik Pia tu jelas la ye? Kalo rasa kurang jelas tu boleh la direct PM Cik Pia ye. Jgn malu jgn segan..Cik Pia sedia berkongsi dgn anda.

Okeh..smp sini je entri anemia nih, nnt kite stori mori lg ye. Babaiiiiii........

Tuesday, 15 April 2014

Bonus Shaklee & Anak Baru

As'salam dan slmt sejahtera semua pembaca blog Cik Pia yg gojes. Beberapa hr nih bz dgn keje hakiki, trpksa la tgglkn dlu keje yg sampingan ni.

Ada 2 berita gembira yg nak disampaikan benornye ni. Berita no.1, 'hasil tanaman' Cik Pia selama ni dh boleh 'tuai' dah. Berbaloi2 sgt bekerja dan usaha keras selama ni, ada hasilnya jgk. Berita no. 2 tuh, Cik Pia dh selamat 'deliver baby' baru. Oppss..jgn slh faham di sini, baby baru tu bkn anak Cik Pia yg sebenar ye, tp anak Shaklee Cik Pia yg sulung.

Doakan Cik Pia terus success dan terus berjuang ye gojes2 semua. Cik Pia jgk doakan gojes2 kt luar sana berusaha dgn lebih gigih lg demi mncapai impian yg diinginkan.
Yg pnting jgn putus harapan dan terus berdoa serta tawakkal atas setiap sesuatu pekerjaan yg kita lakukan dan YAKINLAH bahawa rezeki itu jaminan Allah.

Gojes2 yg berminat jgk nk dptkn hasil tuaian mcm Cik Pia dpt boleh contact Cik Pia terus ye.

Hingga kita bertemu lagi di entri yg lain. Babaiiiiiiiiiiiiiiiii.............


Thursday, 10 April 2014

ESP yang terlajak BEST!!!

Salam Jumaat semua pembaca Blog Cik Pia..

Hr nih tergerak hati nk update psl ESP la pulak.

Urmm..smlm Cik Pia bwk ank g klinik sbb dia diarrhea dh almost 5 days. Temperature bdn dia pn quite high la..so semalam mmg  tak cukup tdo la dok jelum basahkan kepala dan badan dia dgn air asam jawa.

Tak tau la brp jam je lelap (tu pn dlm keadaan berjaga2 sbb risaukan condition Adam).

Berbalik semula pada cerita ESP Cik Pia nih..apa kaitan pulak ESP dgn ank dmm + diarrhea tu ye?
Benornye nk habaq psl Cik Pia yg tak cukup rehat ni la..mmg menjadi kewajipan Cik Pia tiap2 pagi dtg ofis minum ESP + Orange. Walaupun tak cukup rehat smlm sbb berjaga, tp badan Cik Pia still rasa bertenaga lps ambil ESP tuh. Takde rasa mengantuk pun, tambah lagi energetic ada la. Ini bukan dongengan semata2 tau u olls. Ini Cik Pia cerita apa yg Cik Pia sndr rasa.

So moh le kite tgk lg apa kebaikan2 yg ESP boleh bg kat kite. Check it out...


Mmg terbukti berkesan la ESP Shaklee nih.
Kot ada sape2 berminat boleh la ye g amik henpon, send text SMS atau wasap je Cik Pia. Tak pun jom kita msj2 kt FB..mana2 pn boleh.

Itu saja entri Cik Pia buat masa & ketika ini. Adios!!!

Set Kurus Shaklee: 3 Cara untuk Kurus

As'salam & salam sejahtera u olls...


Ptg2 nih jari jemari Cik Pia nih agak ligat sket nk menaip psl Set Kurus Shaklee. Kita pn sedia maklum la  tak lama lg dh dekat ngan musim cuti school sekolah, so..sinonim la bila cuti sekolah jek ada kenduri..bila kenduri jek wat musim cuti sekolah kan? Haa....melalut2 pulak dah Cik Pia korg ni...

Set ni bkn je utkbakal2 pengantin yg nak naik pelamin tu..yg dok bwh pelamin pn boleh..nk kurus jgk kn?
Jom kita tgk apa prinsip2 utk kurus tu selain kena jaga makan.

3 PRINSIP UNTUK KURUS
  1. BERSIHKAN USUS-Detox dan Bersihkan usus agar penyerapan vitamin dan mineral dapat dilakukan dengan lebih berkesan.Alfalfa dan Herb Lax dapat membantu mendetokfikasikan toksin dalam badan. 
  2. BINA OTOT-Bina otot dan Buang Lemak dengan Cinch . Bagaimanapun Cinch tidak sesuai bagi ibu-ibu yang sedang menyusukan bayi, ESP adalah pilihan terbaik untuk ibu-ibu menyusukan.ESP dan Cinch memberi tenaga berpanjangan dan memberi rasa kenyang.
  3. BUANG LEMAK- Bakar dan buang lemak dengan Lecithin dan OmegaGuard . Lecithin pengemulsi lemak punca kegemukan.OmegaGuard membakar lemak dengan lebih cepat.

Kalo korang xnak semua tu pn xde masalah, bgtau kat Cik Pia nk hat mana..aishh..trkeluaq pulak loghat utagha..maapkn maafkan Cik Pia noh..nnt Cik Pia suggest utk korang.

Smp di sini saja dulu entri kali ni. Esok2 Cik Pia update lagi. Bye2..Adios..amigos...

Wednesday, 9 April 2014

#Pantang Larang Vitamin#

Assalamualaikum wbt...

Haa..Cik Pia a.k.a FIA nk cerita plak hr nih ttg pantang larang bila amik vitamin Shaklee nih...bkn boleh main telan atau consume semberono je..korg tau ke semberono tu ape?hahaha...

Semberono nih mcm melulu la...betoi ke idok?

Without further delay, mak aishh..trkelur bhsa omputih le pulok Cik Pia nih ye..poyo jek kn..ahaha...
Ok, tnpa lengah2 masa lg jom kita check apa pantang larangnya.~(Credit to Cik Adilah)~

Beberapa faktor kenapa VITAMIN TIDAK BERKESAN.

Saya yakin ramai yang tahu berkat istiqamah…berkat istiqamah [ amalan yang dilakukan secara sedikit tetapi berterusan] even dalam mendapatkan kesan hasil dari pengambilan supplement, kita disarankan makan secara konsisten selama 3 bulan untuk benar-benar mendapatkan keserasian ditambah sel kita hidup antara 90-120 hari.
Ada segelintir kumpulan pengamal vitamin yang merasakan tidak mendapat apa-apa manfaat dari pengambilan vitamin atau supplement mereka disebabkan oleh beberapa faktor :

1. Pengambilan air kosong dipandang remeh.
Ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air masak kosong dan lebih suka yang bewarna dan berperisa. Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
Kita disarankan mengamalkan banyak minum air masak apabila mengamalkan pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan lebih baik.
Ia juga penting bagi mengurangkan kesan Healing Crisis. Apa itu Healing crisis? Haa..lupe ke entri sblm nih Cik Pia dh terangkn psl Healing Crisis @ Krisis Penyembuhan ni kn? cer check balik...

2. Elakkan makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Apabila kita makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang minum air. Maka cuba agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada satu satu masa tertentu sahaja.

3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin kerana ini hanya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik. Cuba sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.

4. Kurangkan pengambilan kafein dalam diet harian.
Tahukah anda pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan? Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.

5. Pantang larang makan vitamin.
-Tahukah anda pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi (Vitalea) tidak boleh diambil bersama air susu/ ostematrix/ pil kalsium? Ini kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu sendiri.
-Tahukah anda vitamin E dan GLA Complex (kerana terdapat Vitamin E di dalam GLA Complex), tidak boleh diambil bersama alfalfa kerana alfalfa boleh mengganggu penyerapan vitamin E oleh tubuh badan manusia.

6. Pesakit-pesakit dan keadaan seperti berikut TIDAK BOLEH mengambil vitamin dan supplement seperti yang dinyatakan:
Pesakit SLE atau lupus : Alfalfa
Pesakit talasemia: Vitalea
Ibu Mengandung: Vitamin E, Alfalfa, GLA, Vivix, Cinch, Carotamax, Lecithin, Nutriferon (kecuali dengan saranan doktor). Vitamin2 yang tinggi antioksidan tidak digalakkan diambil di awal kandungan dikhuatiri si ibu akan mengalami risiko keguguran. Biasanya diawal kehamilan, imunisasi ibu memang rendah kerana hendak memberi laluan bayi membesar dalam rahim si ibu. Pengambilan vitamin yang meningkatkan antioksida boleh memberi risiko keguguran pada janin tadi. Maka, vitamin yang tidak boleh diambil seharusnya dihentikan sebaik sahaja mengetahui si ibu telah mengandung.
Ibu Menyusu: Cinch (disarankan diganti dgn ESP kerana kandungan kalori yg rendah dalam cinch tidak mencukupi utk keperluan kalori ibu2 menyusu) dan Vivix.

Ok tak..Ok x..kalo ada yg was2 lg tuh boleh direct PM Mama Adam a.k.a. Cik Pia nih pulok ye?

Sehingga ketemu berjumpa lg di lain masa dan ketika..ADIOS!!!!!!!!!!!!