Apa khabar hari ni? Sihat? Ada yang kurang sihat ka? Kepada yang kurang sihat, kenapa? Ada yang kata cuaca, ada yang kata ntahla..ada jugak yang kata “lepas makan Shaklee la ni, tiba2 demam, tiba-tiba naik jerawat..tiba-tiba itu..tiba-tiba ini”..semuanya tiba-tiba..hehe..sabaq naa..(saya orang utara celop, so bahasa ke’utaraan’ la ya)..
Entry saya hari ni pasal “HEALING CRISIS” atau bahasa kita KRISIS PENYEMBUHAN..
Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
Satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul di dalam badan. Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda-tanda atau simptom yang akan membuatkan anda rasa tidak selesa, dan inilah yang dikenali sebagai Krisis Penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan yang terbaik adalah sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.
Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas pengambilan makanan tambahan?
Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.
Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
YA. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang simptom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.
Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan simptom yang sama semasa krisis penyembuhan?
Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.
Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.
Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan, Mengapa?
Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan, anda sepatutnya merasai perbezaannya…contohnya tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik dll. Sekiranya tiada sebarang perubahan, anda berkemungkinan mempunyai masalah berikut:
tidak mengamalkannya setiap hari
tidak mengikut dos yang dicadangkang
takut kepada krisis penyembuhan dan berhenti dari mengambil supplement tersebut
pemakanan yang tidak sempurna serta tidak mengamalkan gaya hidup sihat
mengalami penyakir kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan mahupun makanan tambahan.
mengalami masalah emosi
Tanda-tanda & Penyebab Krisis Pemulihan
Memahami Krisis Penyembuhan dan Petanda serta Simptom:
Krisis Penyembuhan: Sakit kepala yang melampau
Penyebab: Tekanan darah tinggi, petanda menyahtoksin
Krisis Penyembuhan: Demam, tidak cukup rehat
Penyebab: Meningkatkan metabolisma, merangsang fungsi imunisasi badan
Krisis Penyembuhan: Ciritbirit,meningkatkan pergerakan usus, najis berbau, air kencing berbau
Penyebab: Petanda bagi menyahtoksin, menghimpunkan bahan buangan dan sisa-sisa dalam usus besar
Krisis Penyembuhan: Kembung perut
Penyebab: Sistem penghadaman yang lemah
Krisis Penyembuhan: Ruam, kulit gatal, kelemumur, keluar lendir
Penyebab: Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
Krisis Penyembuhan: Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Krisis Penyembuhan: Pendarahan Hidung
Penyebab: Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Krisis Penyembuhan: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab: Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Krisis Penyembuhan: Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab: Mempercepatkan krisis penyembuhan
Krisis Penyembuhan: Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab: Sistem saraf yang lemah
Krisis Penyembuhan: Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Krisis Penyembuhan: Lapar, Pening
Penyebab: Tekanan darah rendah, anaemia
Krisis Penyembuhan: Loya, sembelit, tersedu
Penyebab: Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Krisis Penyembuhan: Edema (membengkak)
Penyebab: Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
Penyebab: Fungsi hati yang lemah, usus besar yang tidak sihat
Krisis Penyembuhan: Penghasilan lendir seperti selsema, kahak
Penyebab: Fungsi paru-paru yang lemah, keluar kahak juga adalah petanda bagi menyahtoksin
Krisis Penyembuhan: Pendarahan Hidung
Penyebab: Mungkin petanda bagi kekurangan darah
Krisis Penyembuhan: Rasa sakit pada otot dan sendi
Penyebab: Badan berasid, toksin terkumpul dibahagian yang sakit
Krisis Penyembuhan: Peningkatan rasa sakit di sebahagian badan yang bermasalah
Penyebab: Mempercepatkan krisis penyembuhan
Krisis Penyembuhan: Tidur yang bermasalah atau terlalu aktif
Penyebab: Sistem saraf yang lemah
Krisis Penyembuhan: Kitaran haid yang tidak menentu Hormon yang tidak seimbang/ penyakit buasir perubahan waktu kitaran haid, kegatalan pada alat sulit, penghasilan lendiran yang banyak
Krisis Penyembuhan: Lapar, Pening
Penyebab: Tekanan darah rendah, anaemia
Krisis Penyembuhan: Loya, sembelit, tersedu
Penyebab: Sistem hadaman yang lemah, masalah hati
Krisis Penyembuhan: Edema (membengkak)
Penyebab: Masalah buah pinggang
Rujukan: Dr. Mary Ruth Swope, Columbia Unversity
No comments:
Post a Comment